Wednesday, August 21, 2019

Pakej Puasa Di Mekah Tahun 2020

KEMBARA IMAN 2020

Mekah dan Madinah bumi yang barakah. Bersemadinya Junjungan Mulia dan bermulanya dakwah.

Solat di Masjidil Haram pahalanya 100,000 darjat. Ibadahnya sepanjang masa.

Bahkan ada dikatakan bahawa cara untuk menambahkan rezeki adalah melalui umrah dan haji.

Sedekah yang afdal di Bulan Ramadhan. Apatah lagi dikeluarkan wang untuk mengerjakan umrah, ianya adalah pahala.

Lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan.

Jom tunaikan umrah pada Bulan Ramadhan Tahun 2020.

Sepanjang bulan selama 30 hari di Mekah dan Madinah.

Harga istimewa hanya berjumlah RM 5,000.00 sahaja.

Penerbangan bermula dari Kuala Lumpur.

Makan minum sendiri.

Penginapan di Bukit Ajyad.

Berminat??

Sila hubungi :
0148251129 (Al Hafidz)



Monday, May 20, 2019

Ramadhanku (1)

Petang ini solat Asar di Masjid Omar Abdul Aziz atau nama biasanya Masjid Ketereh. Cuaca redup dan awan gelap tanda hujan mahu turun. 

Alhamdullillah sudah 15 hari menunaikan kewajiban ibadah puasa pada tahun ini. Puasa yang amat bermakna untuk diriku.

Usai solat hati aku dirundung hiba. Mengenangkan Ramadhan yang akan berlalu tidak lama lagi, sebagaimana diri ini juga akan pergi suatu hari nanti. Ramadhan yang dipenuhi dengan keberkatan dan kemuliaan. Ramadhan yang dihiasai dengan keindahan cahaya cinta kepada Pencipta dan jihad untuk agamaNya.

Ayat-ayat cinta yang dibaca sentiasa mengingatkan tentang hakikat kehidupan. Begitu serius ia berpesan supaya jangan tertipu dengan dunia yang sementara. Harta dan keluarga merupakan perhiasan semata-mata. Sebaik-baik bekalan adalah taqwa dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.

Aku pernah terbaca suatu kata-kata yang menggambarkan kebahagiaan cinta iaitu "sesungguhnya aku direzekikan dengan CINTA".

Alhamdulillah Allah masih lagi menitipkan cinta dan kasih sayang didalam diri hambaNya yang dhaif ini. Cinta yang menyuburkan jiwa untuk meraih ridhaNya yang utama.

Alhamdulillah syukur dengan kedatangan Ramadhan kali ini. Allah membukakan pintu-pintu rahmatNya untuk menjadi hamba yang bertaqwa kepadaNya.

Temanku, yang membaca nukilan ini. Aku cinta sama kamu kerana Allah. Moga Allah mempertemukan kita kembali di syurga nanti. Ameen.

Doakan untuk aku juga, wahai temanku yang dimuliakan Allah.

Ilal Liqa`. :)






Friday, May 10, 2019

Mati

Aku tidak pernah takut dengan kematian. Semua orang pasti mati. Kekhuatiranku hanya satu sahaja iaitu kehidupan selepas dari mati. Ini aqidah asas setiap muslim dan pembeza dengan bukan muslim iaitu kepercayaan kepada Hari Pembalasan. Orang yang kufur menyakini bahawa tidak akan ada sama sekali pembalasan selepas kematian. Mereka yang mati tidak akan dibangkitkan kembali setelah myat reput hancur dimamah tanah.

Abah pernah menangisi ‘kematian’ aku. Keluarga aku pernah tergaman dengan ‘pemergian’ aku. Apatah lagi teman-teman, semuanya terperanjat dengan ‘kehilangan’ aku. Bertalu-talu ucapan tazkiah diterima. Orang kampung mula heboh kerana Hafidz telah meninggal dunia sebentar tadi.

Itu cerita beberapa tahun yang lepas. Peristiwa yang amat tidak dijangkakan kesannya.

Begini ceritanya..

Aku sengaja ‘copy-paste’ status yang telah dibuat oleh seorang kenalan Facebook yang konon-kononnya ingin memaklumkan bahawa beliau telah meninggal dunia. Ayatnya amat cantik. Kenalan yang membaca status tersebut semuanya bermatian menganggap bahawa beliau telah mati. Walhal ia gurauan sahaja. Tujuan beliau melakukan perkara itu adalah sebagai peringatan untuk dirinya sendiri andainya beliau benar-benar meninggal dunia nanti.

Kadang-kadang aku gemar berjenaka. Dah lihat ayat pun cantik, terus aku masukkan status tersebut ke dalam satu whatsapp group dengan membuat perubahan tarikh dan lokasi. Ketika itu aku dalam perjalanan pulang dari pejabat ke rumah. Tiba di rumah, ma dan adik-adik seolah-olah keliru melihat kepulangan aku. Nampak semacam menangis. Reaksi aku biasa saja. Kebetulan telefon dimatikan pada ketika itu.

Selepas adik memberitahu bahawa abah dalam perjalanan ke Hospital Kota Bharu, barulah aku mula memahami apa yang telah terjadi. Alhamdulillah, abah baru sahaja mahu bertolak ke hospital dengan seorang kenalan namun membatalkan niatnya sebaik sahaja di beritahu yang aku telah pulang.

Tragedi yang tidak dijangka sama sekali. Tujuannya sebagai gurauan dan hiburan sahaja namun kesannya menyusahkan ramai orang. Itu antara kesilapan yang amat menyesalkan diri sendiri kerana telah membuat ma dan abah menangisi ‘kematian dan pemergian’ aku sebelum  kisah sebenar diperbetulkan.

Begitulah aku pernah merasai suasana kesedihan ‘kematian’ diri sendiri.

Tiba waktunya aku dan kita semua tetap akan mati.

Netizen akan membaca tulisan ini sedangkan yang menulisnya sudah tidak ada lagi di dunia ini. Terputus sudah kisahnya dimuka bumi ini. Tidak akan ada yang membantu setelah jasad dimasukkan ke dalam tanah biar pun dia seseorang yang amat di hormati dan paling berkuasa sewaktu masih hidup dulu.

Berbaloikan selalu rungsing memikirkan urusan dunia sehinggakan meremehkan ibadah & taqwa?

Galau putus cinta?

Kecewa tidak dapat kerja?

Rungsing pendapatan tidak menentu?

Sedih belum mendapatkan cahaya mata?

Bingung mahu membayar hutang?

Segalanya akan terputus dengan kematian iaitu terputus dari urusan dunia dan berpindah ke alam lain yang lebih mengerikan jika tanpa bekalan yang sewajarnya.

Mati hanya sekali. Hidup juga hanya sekali. Manfaatkan peluang yang masih ada. Rebut lima perkara sebelum lima perkara :

Sihat sebelum sakit.

Muda sebelum tua.

Kaya sebelum miskin.

Masa lapang sebelum sempit.

Hidup sebelum mati.

Berfikir tentang mati telah membuka jalan keluar untuk diriku. Ramai manusia banyak ragamnya dan pelbagai kisahnya. Semuanya sirna apabila berhadapan dengan kematian. Tiada lagi kemegahan yang membanggakan, tiada lagi kesetiaan cinta dan tiada lagi pengorbanan yang dijulang melainkan iman dan takwa sahaja.

Aku memilih iman dan taqwa biarpun ku tahu jalannya amat berliku. Pancarobanya tidak seenteng bacaan didalam buku. Ia adalah realiti yang perlu dihadapi dengan jihad dan pengorbanan. Ia bermaksud kesabaran dan kecekalan. Syurga itu mahal dan hanya dengan taufik serta hidayah daripada Allah sahaja yang membuka pintu-pintu kejayaan abadi.

Islam bermaksud penyerahan yang tulus tanpa kompromi. Iman adalah keyakinan yang teguh tanpa keraguan dan tidak di cemari dengan sempadan akal yang terbatas. Pengorbanan itu buah perjuangan. Hanya yang terpilih sahaja mampu melaluinya.

Setiap pertemuan ada perpisahan. Kematian adalah perpisahan yang menyakitkan. Sedangkan syurga merupakan pertemuan yang paling menyenangkan. Semoga dengan limpah rahmat dan kurnia daripada Allah, kita semua dimasukkan ke dalam syurganya.


Mohd Nor Al Hafidz Bin Mohd Hussin,
6 Ramadhan 1440.
11 Mei 2019.
9.50 AM




Kisah Cinta (3) - Keputusan


Sekiranya para ulama’ meninggalkan biografi mereka, aku juga menulis tentang kisah diri dilaman sepi ini. Aku tahu tiada siapa yang peduli melainkan mereka yang sayang akan diriku.

Ku mulakan cerita.

Setelah sekian lama kembara mencari diri, ku dapati cinta Allah sahaja cinta yang hakiki. Setelah segala apa yang ku lalui, kepada Allah jua akan kembali.

Dalam hati aku hanya ada satu nama sahaja yang ingin ku jadikan sebagai suri hati setelah menjalani kehidupan selama 30 tahun. 

Rupanya takdir Allah amat indah. Saban waktu ku berdoa agar di matikan sebagai syuhada’ dan dilorongkan jalan menjadi seorang mujahid fi sabilillah.

Ayat-ayat cinta lantunan Syeikh Ramadhan di Masjid Al Rahim semasa solat tarawih pada tahun 1440 ini menyemarakkan kembali arah tuju kehidupan yang sebenar. Apalah sangat ujian yang ku hadapi? Bukankah setiap pejuang itu akan di uji? Siapa yang tidak di uji?

Semuanya menerima ujian yang bukan main hebatnya. Ada yang digergaji dari kepada sehingga terbelah dua. Difitnah sebagai perempuan yang keji. Dilemparkan najis. Dilontarkan dengan batu.

Dipermain-mainkan dan di perolok-olokkan. Pasangan suami isteri disula dengan begitu dahsyatnya dan pelbagai lagi sebahagian kisah-kisah yang amat menyayatkan hati.

Biarpun begitu, iman mereka tidak pernah tergugat. Tauhid mereka menjulang tinggi melangkau logik rasional. Penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah menyempurnakan ketaqwaan dalam diri masing-masing.

Dia saudara aku dalam agama yang perlu dihormati sebagaimana para muslimat yang perlu dimuliakan. Entah takdir apa yang mendatangi diriku, aku tetap berjuang untuk meraih keredhaan Allah Ta`ala.

Para ulama` mendidik kita tentang cinta. Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram.

Cinta yang halal di ikat tegas dengan syariat yang indah. Buahnya adalah barakah iaitu keberkatan.

Berkat itu akan menumbuhkan lagi pelbagai kebaikan yang menyerikan kehidupan apabila tiba waktunya nanti.
 
Aku sedar kali ini bahawa cinta yang sesungguhnya adalah cinta kepada Pencipta. Cinta yang tidak boleh ada duanya.

Hanya Dia sahaja yang berhak menjadi cinta yang paling utama. Tidak ada sekutu bagi cinta ini.

Cinta abadi inilah yang bertunas kepada cabang-cabang cinta lain bagi menguatkan akar cinta hakiki berkenaan.

Cinta kepada rasul, cinta kepada agama, cinta kepada keluarga dan semua cinta yang halal merupakan anugerah suci kepada setiap pencinta. Cinta kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah.

Hari ini hari Jumaat. Hari Isnin akan datang adalah tarikh lahirnya.

Tarikh bersejarah kerana tarikh itu berlaku suatu peristiwa yang besar di bumi Malaysia walaupun berbeza tahun di belakangnya.

16 September.

Ada hadiah istimewa untuk dirinya. Mushaf suci sebagai penyelamat dunia dan akhirat andainya beriman serta beramal dengan kalam Allah yang mulia itu.

Biarpun hati bergemuruh bimbang disalah tafsir, namun itu sahaja sebagai tanda bahawa aku benar-benar berharap agar dirinya dimasukkan ke dalam syurga Allah Ta`ala dan diselamatkan dari api neraka.

Itulah tanda kejayaan yang sebenarnya.

Doaku kini adalah supaya Allah meneguhkan jiwa ragaku untuk bersama pada mujahidin dan murabithun fi sabilillah.

Moga disucikan segala niat dan diikhlaskan seluruh amalan hanya semata-mata kerana Allah.

Keputusan ini satu ketetapan yang besar selama kehidupan aku. Keputusan ini telah membawa kepada pintu kehidupan yang lain iaitu kehidupan yang tiada masa lalu padanya. Kini agama, negara dan ummat ini menjadi kecintaanku.

Biarpun kadang-kadang terasa galau mengenang nasib diri seolah-olah tiada masa depan padanya, rupa-rupanya Allah sedang membukakan pintu-pintu syurga melalui cara yang amat tidak diduga sama sekali.

Begitulah hebatnya kuasa Allah ta`ala. Seorang insan yang terpuruk lesu kegersangan rohani, terpatah semangat dan lemah badan tidak terdaya kembali cergas bertenaga apabila dikehendaki-Nya.



Mohd Nor Al Hafidz Bin Mohd Hussin,
6 Ramadhan 1440.
11 Mei 2019.
1:32 AM



Wednesday, May 8, 2019

Kisah Cinta (2)

Kisah cinta yang indah bagiku adalah saling berkasih sayang kerana Allah iaitu cinta membawa dekatnya kepada Allah Pemilik Segala Cinta.

Memang berat bagi aku untuk saling berinteraksi dalam keindahan puisi cinta selagi belum halal ikatannya. Cukup hubungan sekadarnya dan biarlah perasaan itu terjaga di sanubari yang suci.

Dulu aku pernah menulis - 'berhati-hati dengan perasaan kerana perasaan itu boleh merosakkan jiwa. Sekarang aku di uji dengan kata-kata itu. Allah mengirimkan naluri ini untuk menguji keikhlasan dan ketulusan aku kepada-Nya.

Pelbagai ilmu dan pengalaman dipelajari hari demi hari. Allah sentiasa menyantuni hamba-Nya dengan cara yang tidak terduga. Kasih sayang Allah itu amat meluas dan aku berserah diri kepada Allah Yang Maha Agung.

Bayangan para syuhada' sentiasa tergambar di pelupuk mata ini. Ketika aku melihat ke dada langit arah kanan, aku melihat bayangan Syeikh Ahmad Yassin, As Syahid Hassan Al Banna, Syeikh Salah Syuhada, Abdul Aziz Rantisi, Syeikh Izzuddin Al Qassam, Tok Guru Nik Aziz dan sejumlah 'pejuang yang telah pergi'.

Aku rindukan mereka!

Biarpun jauh beza antara aku dengan mereka, aku berserah diri kepada rahmat Allah yang amat mengasihani hamba-hambaNya.

Aku juga mula merindukan kekasih syurgawi yang diberi gelaran hurun `ain ataupun 'ainul mardhiyyah itu. Kekasih itulah pembakar semangat aku dalam beribadah kerana maharnya bidadari adalah pada pengorbanan seorang mujahidin. Wajahnya berseri, matanya bundar dan terselindung disebalik cadar kemuliaan dirinya.

Adakah aku layak untuk dirinya?

Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMu.

Jadikan setiap 'amal kami hanya untuk Engkau semata-mata. Selamatkan kami dari kesyirikan, kemunafikan, kekufuran, 'ujub, sum'ah dan riya' yang merosakkan akhirat kami.





Saturday, May 4, 2019

Bakal Syuhada?

Syahid fi sabilillah merupakan pilihan dari Allah.

Moga diri ini dipilih oleh Allah Yang Maha Agung.


Wednesday, May 1, 2019

Luahan Hati (1)

"Sampai bila harus begini?"

Soalan yang sama sejak dari belasan tahun dulu.

Hari ini, jam 4.02 pagi pun masih soalan yang sama iaitu bilakah mahu menjadi hamba Allah yang 'alim dan soleh?

Semoga Allah mempermudahkan.

Tuesday, April 30, 2019

Kisah Cinta (1)

Aku menyayanginya kerana Allah.

Tiada lagi yang pernah ku berjumpa dengan mak dan abah seorang akhawat melainkan dirinya.

Tiada nama yang dilafazkan didalam doa yang membuatkan hati bahagia selain dari ma dan abah, kecuali dirinya.

Tiada lagi insan yang rindu semakin mencengkam apabila mengingatinya seiring dengan kekuatan iman dan taqwa melainkan dia.

Apabila 'si dia' mengatakannya cukup sekadar sebagai rakan sekerja, aku berlapang dada sahaja biarpun betapa hancurnya perasaan ini.

Darinya aku memperolehi ilmu dan pengalaman.

Sedalam apa pun cinta dan kasihku padanya, semoga Allah sentiasa merahmati diri dan keluarganya.

Seindah namanya - Cahaya Keredhaan.

:)

Cukup sudah bermonolog. Terima kasih dan itu tindakan yang terbaik.

Sunday, March 10, 2019

Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu maha cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu maha cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu maha cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu maha cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
Cinta
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
haa haa haa
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih






Sunday, January 27, 2019

Tips Membentuk Keyakinan Diri

Percaya diri amat penting kepada manusia. Seseorang sanggup berkorban terhadap suatu yang ia yakini. Ia percaya dan kepercayaan itu kuasa yang menyemarakkan jiwa.

Pelbagai faktor menjadi punca kurang keyakinan diri. Biasanya yang utama bermula dari minda yang keliru akibat sering di pandang rendah, sentiasa dibuli dan kurang diberi penghargaan.

Usah khuatir kerana keyakinan diri ini boleh dibentuk dan dilatih. Latihan yang berterusan akan menambahkan kualiti terhadap diri sendiri.

Berikut 3 tips untuk membina Keyakinan Diri :

1. Auto Sugesti ( Auto Suggestion) iaitu dengan sentiasa mengulang-ulangkan tiga perkataan ini : 

- Saya Sayang Diri Saya
- Saya Sangat Bahagia
- Saya Pasti Boleh

Ulang sekerap mungkin pada waktu yang tertentu dan kesannya minda bawah sedar akan ditanam dengan keyakinan sebagaimana perkataan yang telah diucapkan.

2. Melatih diri dengan perkara-perkara yang kecil sebelum melakukan perkara-perkara yang besar. Kejayaan kecil merangsang diri untuk lebih berkeyakinan bagi menerima perkara yang besar. Kegagalan pada perkara besar yang tidak pernah dilalui dengan kejayaan kecil biasanya amat berpotensi untuk meruntuhkan tahap keyakinan seseorang.

3. Melakukan pengulangan terhadap rutin harian atau disiplin tertentu yang ingin dicapai sehinggakan pola tersebut terbentuk dan terakam dalam fikiran bawah sedar seseorang. Tabiat yang sukar akan menjadi mudah setelah dibiasakan. Awalnya susah dan akhirnya bertukar kebiasaan. Contohnya seperti bangun jam 4 pagi, melakukan senaman kecergasan dan seumpamanya.

Itu sahaja tips kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

My Journey