Alhamdullillah sudah 15 hari menunaikan kewajiban ibadah puasa pada tahun ini. Puasa yang amat bermakna untuk diriku.
Usai solat hati aku dirundung hiba. Mengenangkan Ramadhan yang akan berlalu tidak lama lagi, sebagaimana diri ini juga akan pergi suatu hari nanti. Ramadhan yang dipenuhi dengan keberkatan dan kemuliaan. Ramadhan yang dihiasai dengan keindahan cahaya cinta kepada Pencipta dan jihad untuk agamaNya.
Ayat-ayat cinta yang dibaca sentiasa mengingatkan tentang hakikat kehidupan. Begitu serius ia berpesan supaya jangan tertipu dengan dunia yang sementara. Harta dan keluarga merupakan perhiasan semata-mata. Sebaik-baik bekalan adalah taqwa dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.
Aku pernah terbaca suatu kata-kata yang menggambarkan kebahagiaan cinta iaitu "sesungguhnya aku direzekikan dengan CINTA".
Alhamdulillah Allah masih lagi menitipkan cinta dan kasih sayang didalam diri hambaNya yang dhaif ini. Cinta yang menyuburkan jiwa untuk meraih ridhaNya yang utama.
Alhamdulillah syukur dengan kedatangan Ramadhan kali ini. Allah membukakan pintu-pintu rahmatNya untuk menjadi hamba yang bertaqwa kepadaNya.
Temanku, yang membaca nukilan ini. Aku cinta sama kamu kerana Allah. Moga Allah mempertemukan kita kembali di syurga nanti. Ameen.
Doakan untuk aku juga, wahai temanku yang dimuliakan Allah.
Ilal Liqa`. :)
No comments:
Post a Comment