Travelog Seorang Pendaki : Catatan Bakal Syuhada
Sunday, September 6, 2020
Tuesday, August 4, 2020
Kanapa kahwin di usia 33 tahun?
Ada kenalan yang ingin tahu kenapa kahwin di usia 33 tahun? Sedangkan rakan sebaya dah punya anak bersekolah rendah pada ketika ini.
Ini jawapannya. Ya, mungkin sedikit terlewat dari kebiasaannya. Namun sekurang-kurangnya diri ini telah capai sesuatu yang dapat jarang dibuat oleh teman-teman yang lain. Antaranya :
1- Alhamdulillah, saya telah berjaya menghafaz 30 juzu' Al Quran bersamaan 114 surah secara sempurna. Rutin harian adalah mengulangi 5 juzu' setiap hari secara hafazan tanpa jemu. Begitu juga dengan hafalan hadis dan matan-matan kitab thurath juga berjaya dikuasai dengan baik.
2- Terlibat aktif dengan kegiatan intelegent peringkat dalaman, networking yang menyeluruh dan mahir gerak kerja di pejabat mahupun lapangan.
3- Memiliki pendapatan yang stabil dan aset yang mencukupi sekurang-kurangnya untuk tempoh kecemasan selama lima tahun.
Sebenarnya perancangan ni dah lama. Satu-satunya titik perubahan yang paling berkesan apabila meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Pentadbir Pusat Khidmat DUN Kok Lanas pada bulan Ogos 2020.
My flow is very simple.
i- Quit from politic official carrier's.
ii- Struggle for knowledge & research.
iii- Get ready for imam & lecturer possition.
My businese give me monthly salary for me. :)
Banyak pengorbanan dilakukan untuk dapatkan impian ini. Sebahagian besarnya berpunca dari kelemahan diri sendiri. Belajar dari pengalaman yang disertakan dengan ilmu bagi membuat perubahan ke arah yang lebih baik.
Yakinlah pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Jangan sekali-kali berputus asa dari rahmat Allah. Teruskan berjuang untuk capai cita-cita kamu.
"APA YANG ORANG LAIN KATA ITU TAK PENTING. YANG PENTING APA YANG KITA KATAKAN PADA DIRI SENDIRI..."
Sunday, February 23, 2020
Wednesday, August 21, 2019
Pakej Puasa Di Mekah Tahun 2020
KEMBARA
IMAN 2020
Mekah
dan Madinah bumi yang barakah. Bersemadinya Junjungan Mulia dan bermulanya
dakwah.
Solat di
Masjidil Haram pahalanya 100,000 darjat. Ibadahnya sepanjang masa.
Bahkan
ada dikatakan bahawa cara untuk menambahkan rezeki adalah melalui umrah dan
haji.
Sedekah
yang afdal di Bulan Ramadhan. Apatah lagi dikeluarkan wang untuk mengerjakan
umrah, ianya adalah pahala.
Lebih-lebih
lagi di Bulan Ramadhan.
Jom
tunaikan umrah pada Bulan Ramadhan Tahun 2020.
Sepanjang
bulan selama 30 hari di Mekah dan Madinah.
Harga
istimewa hanya berjumlah RM 5,000.00 sahaja.
Penerbangan
bermula dari Kuala Lumpur.
Makan
minum sendiri.
Penginapan
di Bukit Ajyad.
Berminat??
Sila
hubungi :
0148251129 (Al Hafidz)Monday, May 20, 2019
Ramadhanku (1)
Petang ini solat Asar di Masjid Omar Abdul Aziz atau nama biasanya Masjid Ketereh. Cuaca redup dan awan gelap tanda hujan mahu turun.
Alhamdullillah sudah 15 hari menunaikan kewajiban ibadah puasa pada tahun ini. Puasa yang amat bermakna untuk diriku.
Usai solat hati aku dirundung hiba. Mengenangkan Ramadhan yang akan berlalu tidak lama lagi, sebagaimana diri ini juga akan pergi suatu hari nanti. Ramadhan yang dipenuhi dengan keberkatan dan kemuliaan. Ramadhan yang dihiasai dengan keindahan cahaya cinta kepada Pencipta dan jihad untuk agamaNya.
Ayat-ayat cinta yang dibaca sentiasa mengingatkan tentang hakikat kehidupan. Begitu serius ia berpesan supaya jangan tertipu dengan dunia yang sementara. Harta dan keluarga merupakan perhiasan semata-mata. Sebaik-baik bekalan adalah taqwa dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.
Aku pernah terbaca suatu kata-kata yang menggambarkan kebahagiaan cinta iaitu "sesungguhnya aku direzekikan dengan CINTA".
Alhamdulillah Allah masih lagi menitipkan cinta dan kasih sayang didalam diri hambaNya yang dhaif ini. Cinta yang menyuburkan jiwa untuk meraih ridhaNya yang utama.
Alhamdulillah syukur dengan kedatangan Ramadhan kali ini. Allah membukakan pintu-pintu rahmatNya untuk menjadi hamba yang bertaqwa kepadaNya.
Temanku, yang membaca nukilan ini. Aku cinta sama kamu kerana Allah. Moga Allah mempertemukan kita kembali di syurga nanti. Ameen.
Doakan untuk aku juga, wahai temanku yang dimuliakan Allah.
Ilal Liqa`. :)
Friday, May 10, 2019
Mati
Aku tidak pernah takut dengan kematian. Semua orang pasti
mati. Kekhuatiranku hanya satu sahaja iaitu kehidupan selepas dari mati. Ini
aqidah asas setiap muslim dan pembeza dengan bukan muslim iaitu kepercayaan
kepada Hari Pembalasan. Orang yang kufur menyakini bahawa tidak akan ada sama
sekali pembalasan selepas kematian. Mereka yang mati tidak akan dibangkitkan
kembali setelah myat reput hancur dimamah tanah.
Abah pernah menangisi ‘kematian’ aku. Keluarga aku pernah
tergaman dengan ‘pemergian’ aku. Apatah lagi teman-teman, semuanya terperanjat
dengan ‘kehilangan’ aku. Bertalu-talu ucapan tazkiah diterima. Orang kampung
mula heboh kerana Hafidz telah meninggal dunia sebentar tadi.
Itu cerita beberapa tahun yang lepas. Peristiwa yang amat
tidak dijangkakan kesannya.
Begini ceritanya..
Aku sengaja ‘copy-paste’ status yang telah dibuat oleh
seorang kenalan Facebook yang konon-kononnya ingin memaklumkan bahawa beliau
telah meninggal dunia. Ayatnya amat cantik. Kenalan yang membaca status
tersebut semuanya bermatian menganggap bahawa beliau telah mati. Walhal ia
gurauan sahaja. Tujuan beliau melakukan perkara itu adalah sebagai peringatan
untuk dirinya sendiri andainya beliau benar-benar meninggal dunia nanti.
Kadang-kadang aku gemar berjenaka. Dah lihat ayat pun
cantik, terus aku masukkan status tersebut ke dalam satu whatsapp group dengan
membuat perubahan tarikh dan lokasi. Ketika itu aku dalam perjalanan pulang
dari pejabat ke rumah. Tiba di rumah, ma dan adik-adik seolah-olah keliru
melihat kepulangan aku. Nampak semacam menangis. Reaksi aku biasa saja.
Kebetulan telefon dimatikan pada ketika itu.
Selepas adik memberitahu bahawa abah dalam perjalanan ke
Hospital Kota Bharu, barulah aku mula memahami apa yang telah terjadi. Alhamdulillah,
abah baru sahaja mahu bertolak ke hospital dengan seorang kenalan namun
membatalkan niatnya sebaik sahaja di beritahu yang aku telah pulang.
Tragedi yang tidak dijangka sama sekali. Tujuannya
sebagai gurauan dan hiburan sahaja namun kesannya menyusahkan ramai orang. Itu
antara kesilapan yang amat menyesalkan diri sendiri kerana telah membuat ma dan
abah menangisi ‘kematian dan pemergian’ aku sebelum kisah sebenar diperbetulkan.
Begitulah aku pernah merasai suasana kesedihan ‘kematian’
diri sendiri.
Tiba waktunya aku dan kita semua tetap akan mati.
Netizen akan membaca tulisan ini sedangkan yang
menulisnya sudah tidak ada lagi di dunia ini. Terputus sudah kisahnya dimuka
bumi ini. Tidak akan ada yang membantu setelah jasad dimasukkan ke dalam tanah
biar pun dia seseorang yang amat di hormati dan paling berkuasa sewaktu masih
hidup dulu.
Berbaloikan selalu rungsing memikirkan urusan dunia
sehinggakan meremehkan ibadah & taqwa?
Galau putus cinta?
Kecewa tidak dapat kerja?
Rungsing pendapatan tidak menentu?
Sedih belum mendapatkan cahaya mata?
Bingung mahu membayar hutang?
Segalanya akan terputus dengan kematian iaitu terputus
dari urusan dunia dan berpindah ke alam lain yang lebih mengerikan jika tanpa
bekalan yang sewajarnya.
Mati hanya sekali. Hidup juga hanya sekali. Manfaatkan
peluang yang masih ada. Rebut lima perkara sebelum lima perkara :
Sihat sebelum sakit.
Muda sebelum tua.
Kaya sebelum miskin.
Masa lapang sebelum sempit.
Hidup sebelum mati.
Berfikir tentang mati telah membuka jalan keluar untuk
diriku. Ramai manusia banyak ragamnya dan pelbagai kisahnya. Semuanya sirna
apabila berhadapan dengan kematian. Tiada lagi kemegahan yang membanggakan,
tiada lagi kesetiaan cinta dan tiada lagi pengorbanan yang dijulang melainkan
iman dan takwa sahaja.
Aku memilih iman dan taqwa biarpun ku tahu jalannya amat
berliku. Pancarobanya tidak seenteng bacaan didalam buku. Ia adalah realiti
yang perlu dihadapi dengan jihad dan pengorbanan. Ia bermaksud kesabaran dan
kecekalan. Syurga itu mahal dan hanya dengan taufik serta hidayah daripada
Allah sahaja yang membuka pintu-pintu kejayaan abadi.
Islam bermaksud penyerahan yang tulus tanpa kompromi.
Iman adalah keyakinan yang teguh tanpa keraguan dan tidak di cemari dengan
sempadan akal yang terbatas. Pengorbanan itu buah perjuangan. Hanya yang
terpilih sahaja mampu melaluinya.
Setiap pertemuan ada perpisahan. Kematian adalah
perpisahan yang menyakitkan. Sedangkan syurga merupakan pertemuan yang paling
menyenangkan. Semoga dengan limpah rahmat dan kurnia daripada Allah, kita semua
dimasukkan ke dalam syurganya.
Mohd Nor Al Hafidz Bin Mohd Hussin,
6 Ramadhan 1440.
11 Mei 2019.
9.50 AMKisah Cinta (3) - Keputusan
Sekiranya para ulama’ meninggalkan biografi mereka, aku
juga menulis tentang kisah diri dilaman sepi ini. Aku tahu tiada siapa yang
peduli melainkan mereka yang sayang akan diriku.
Ku mulakan cerita.
Setelah sekian lama kembara mencari diri, ku dapati cinta
Allah sahaja cinta yang hakiki. Setelah segala apa yang ku lalui, kepada Allah
jua akan kembali.
Dalam hati aku hanya ada satu nama sahaja yang ingin ku
jadikan sebagai suri hati setelah menjalani kehidupan selama 30 tahun.
Rupanya takdir Allah amat indah. Saban waktu ku berdoa agar di matikan sebagai syuhada’ dan dilorongkan jalan menjadi seorang mujahid fi sabilillah.
Rupanya takdir Allah amat indah. Saban waktu ku berdoa agar di matikan sebagai syuhada’ dan dilorongkan jalan menjadi seorang mujahid fi sabilillah.
Ayat-ayat cinta lantunan Syeikh Ramadhan di Masjid Al
Rahim semasa solat tarawih pada tahun 1440 ini menyemarakkan kembali arah tuju
kehidupan yang sebenar. Apalah sangat ujian yang ku hadapi? Bukankah setiap
pejuang itu akan di uji? Siapa yang tidak di uji?
Semuanya menerima ujian yang bukan main hebatnya. Ada yang digergaji dari kepada sehingga terbelah dua. Difitnah sebagai perempuan yang keji. Dilemparkan najis. Dilontarkan dengan batu.
Dipermain-mainkan dan di perolok-olokkan. Pasangan suami isteri disula dengan begitu dahsyatnya dan pelbagai lagi sebahagian kisah-kisah yang amat menyayatkan hati.
Semuanya menerima ujian yang bukan main hebatnya. Ada yang digergaji dari kepada sehingga terbelah dua. Difitnah sebagai perempuan yang keji. Dilemparkan najis. Dilontarkan dengan batu.
Dipermain-mainkan dan di perolok-olokkan. Pasangan suami isteri disula dengan begitu dahsyatnya dan pelbagai lagi sebahagian kisah-kisah yang amat menyayatkan hati.
Biarpun begitu, iman mereka tidak pernah tergugat. Tauhid
mereka menjulang tinggi melangkau logik rasional. Penyerahan diri sepenuhnya
kepada Allah menyempurnakan ketaqwaan dalam diri masing-masing.
Dia saudara aku dalam agama yang perlu dihormati
sebagaimana para muslimat yang perlu dimuliakan. Entah takdir apa yang
mendatangi diriku, aku tetap berjuang untuk meraih keredhaan Allah Ta`ala.
Para ulama` mendidik kita tentang cinta. Cinta yang halal
itu halal dan cinta yang haram itu haram.
Cinta yang halal di ikat tegas dengan syariat yang indah. Buahnya adalah barakah iaitu keberkatan.
Berkat itu akan menumbuhkan lagi pelbagai kebaikan yang menyerikan kehidupan apabila tiba waktunya nanti.
Cinta yang halal di ikat tegas dengan syariat yang indah. Buahnya adalah barakah iaitu keberkatan.
Berkat itu akan menumbuhkan lagi pelbagai kebaikan yang menyerikan kehidupan apabila tiba waktunya nanti.
Aku sedar kali ini bahawa cinta yang sesungguhnya adalah
cinta kepada Pencipta. Cinta yang tidak boleh ada duanya.
Hanya Dia sahaja yang berhak menjadi cinta yang paling utama. Tidak ada sekutu bagi cinta ini.
Hanya Dia sahaja yang berhak menjadi cinta yang paling utama. Tidak ada sekutu bagi cinta ini.
Cinta abadi inilah yang bertunas kepada cabang-cabang
cinta lain bagi menguatkan akar cinta hakiki berkenaan.
Cinta kepada rasul, cinta kepada agama, cinta kepada keluarga dan semua cinta yang halal merupakan anugerah suci kepada setiap pencinta. Cinta kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah.
Cinta kepada rasul, cinta kepada agama, cinta kepada keluarga dan semua cinta yang halal merupakan anugerah suci kepada setiap pencinta. Cinta kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah.
Hari ini hari Jumaat. Hari Isnin akan datang adalah tarikh lahirnya.
Tarikh bersejarah kerana tarikh itu berlaku suatu peristiwa yang besar di bumi Malaysia walaupun berbeza tahun di belakangnya.
Tarikh bersejarah kerana tarikh itu berlaku suatu peristiwa yang besar di bumi Malaysia walaupun berbeza tahun di belakangnya.
16 September.
Ada hadiah istimewa untuk dirinya. Mushaf suci sebagai
penyelamat dunia dan akhirat andainya beriman serta beramal dengan kalam Allah
yang mulia itu.
Biarpun hati bergemuruh bimbang disalah tafsir, namun itu sahaja sebagai tanda bahawa aku benar-benar berharap agar dirinya dimasukkan ke dalam syurga Allah Ta`ala dan diselamatkan dari api neraka.
Itulah tanda kejayaan yang sebenarnya.
Biarpun hati bergemuruh bimbang disalah tafsir, namun itu sahaja sebagai tanda bahawa aku benar-benar berharap agar dirinya dimasukkan ke dalam syurga Allah Ta`ala dan diselamatkan dari api neraka.
Itulah tanda kejayaan yang sebenarnya.
Doaku kini adalah supaya Allah meneguhkan jiwa ragaku
untuk bersama pada mujahidin dan murabithun fi sabilillah.
Moga disucikan segala niat dan diikhlaskan seluruh amalan hanya semata-mata kerana Allah.
Moga disucikan segala niat dan diikhlaskan seluruh amalan hanya semata-mata kerana Allah.
Keputusan ini satu ketetapan yang besar selama kehidupan
aku. Keputusan ini telah membawa kepada pintu kehidupan yang lain iaitu
kehidupan yang tiada masa lalu padanya. Kini agama, negara dan ummat ini
menjadi kecintaanku.
Biarpun kadang-kadang terasa galau mengenang nasib diri seolah-olah tiada masa depan padanya, rupa-rupanya Allah sedang membukakan pintu-pintu syurga melalui cara yang amat tidak diduga sama sekali.
Begitulah hebatnya kuasa Allah ta`ala. Seorang insan yang terpuruk lesu kegersangan rohani, terpatah semangat dan lemah badan tidak terdaya kembali cergas bertenaga apabila dikehendaki-Nya.
Biarpun kadang-kadang terasa galau mengenang nasib diri seolah-olah tiada masa depan padanya, rupa-rupanya Allah sedang membukakan pintu-pintu syurga melalui cara yang amat tidak diduga sama sekali.
Begitulah hebatnya kuasa Allah ta`ala. Seorang insan yang terpuruk lesu kegersangan rohani, terpatah semangat dan lemah badan tidak terdaya kembali cergas bertenaga apabila dikehendaki-Nya.
Mohd Nor Al Hafidz Bin Mohd Hussin,
6 Ramadhan 1440.
11 Mei 2019.
1:32 AM
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Tidak ada kata-kata yang mampu terungkap, Hati berduka memancarkan serinya cahaya dimuka, Impian lama berolak kembali, Bagaikan gelomb...