127 Hours (2010)

Pengarah:
Danny Boyle
127
Hours adalah sebuah filem berdasarkan kisah benar seorang jurutera,
Aron Ralston yang sangat obses dengan aktiviti-akvtiviti outdoor. Dia
menjadi sangat popular kerana dapat meloloskan diri dari sebuah gaung
terpencil yang terletak di Taman Negara Canyonland, Utah setelah
terperangkap seorang diri selama lebih lima hari. Namun bukan kerana
kejayaannya meloloskan diri semata-mata lalu namanya menjadi sebutan,
tetapi tentang sebuah kisah seorang manusia yang memilih jalan untuk
memotong tangannya sendiri demi meneruskan hidup.

Ketika
Ralston sedang meninjau-ninjau dari sebuah puncak, dia terlihat dua
pendaki wanita yang kelihatan seperti terpinga-pinga mencari jalan. Dia
kemudian bercadang menegur mereka dan ternyata, kedua-dua pendaki itu
sesat. Ralston menawarkan diri untuk menunjukkan jalan sekaligus membawa
mereka ke sebuah kolam di bawah tanah. Kemuncak keseronokan di kolam
tersebut adalah apabila mereka melakukan terjunan dari celah-celah gaung
dan menjunam masuk ke kolam biru yang sangat cantik.

Ralston
terkedu seketika dan tangannya masih dihempap. Dia cuba menarik
tangannya, tetapi tidak boleh. Dia cuba pula untuk mengangkat batu
tersebut, tetapi gagal juga. Dia cuba menenangkan diri dengan
mengeluarkan segala peralatan yang dibawa seperti tali statik, tali
sling, carabina, harness, botol air, pisau serbaguna, lampu kepala,
kamera video dan beberapa pek makanan.

Ralston
hampir putus asa, dan kembali menatap kamera video yang terpasang dari
tadi. Dia terkedu seketika dan menekan punat ‘rewind’ pada kamera
videonya dan beberapa saat kemudian dia menekan punat ‘play’ pula. Saat
menonton kembali babak-babak cemas dirinya sendiri, dia kemudian
tersedar sesuatu bahawa dia hampir hilang arah, hampir putus asa.
Tersedar dari lamunan seketika, dia kembali berbisik pada dirinya
sendiri supaya dia tidak boleh berputus asa. Masih ada harapan untuk
melepaskan diri. Dia perlu ‘survive’!

Hari berikutnya, Ralston kembali
mencari jalan membebaskan tangannya dari batu tersebut. Pelbagai cara
dia lakukan namun kesemuanya menemukan jalan buntu. Bekalan air juga
semakin berkurang. Masuk hari ketiga dan keempat, Ralston terpaksa
‘survive’ dengan meminum air kencingnya sendiri.
Saat
dia keseorangan dalam keadaan tidak bermaya, dia mula teringatkan
segala kecuaian dan kesilapannya. Dia berasa terkilan kerana tidak
menjumpai pisau Swiss Army ketika bersiap-siap untuk ke Blue John
Canyon. Dia juga teringatkan air Gatorade yang ditinggalkannya di dalam
trak dan berasa menyesal kerana panggilan ibunya yang tidak dijawab
sebelum ke Blue John Canyon.
Ralston terus
berusaha, dia cuba untuk memotong tangannya tetapi agak sukar kerana
mata pisau yang tumpul. Saat dia cuba ‘survive’, beberapa kali dia
terbayangkan tentang keluarganya, kekasihnya dan rakan-rakannya. Dia
juga cuba menghiburkan dirinya sendiri dengan bercakap seorang diri di
hadapan kamera video.
Apabila masuk hari
kelima, keadaan makin terdesak. Ralston sudah kahabisan sumber untuk
membantunya meneruskan hidup. Saat itu dia nekad untuk mematahkan tulang
tangannya sendiri. Kemudian dia membenamkan pisau yang tumpul ke
lengannya dan cuba mengoyak luka yang dalam itu dengan sebelah tangan
lagi. Babak ini sangat mengerikan, ia tiba di kemuncak apabila Ralston
menggunakan playar yang terdapat pada pisau serbagunanya yang tumpul
untuk memotong tendon dan urat sarafnya. Sangat ngilu, ditambah pula
dengan efek bunyi yang berdesing mengilukan.

Filem ini tamat dengan
babak Ralston yang terserempak dengan sebuah keluarga yang sedang
berjalan keluar dari kawasan Blue John Canyon itu. Dengan bantuan
beberapa pendaki lain yang datang kemudiannya, Ralston kemudian dibawa
keluar dengan bantuan helikopter.
Tragedi pada
tahun 2003 ini telah tersebar dengan luas di seluruh pelusuk dunia
sehinggakan kisah Ralston menjadi berita utama di beberapa dada akhbar.
Ia menjadi persoalan kepada ramai orang di luar sana, adakah anda mampu
lakukan seperti apa yang Ralston telah lakukan? Ketika mengahadapi
saat-saat genting sehingga ia kelihatan begitu mustahil untuk ‘survive’,
mampukah anda fikirkan perkara yang tak terfikirkan?
Filem
ini bakal ditayangkan di Malaysia pada 17 Februari nanti. Kalau dah tak
sabar untuk menonton, anda boleh cari saja filem ini dan muat turun,
atau mungkin boleh menontonnya secara online di sini.
Selamat menonton!
Wajah sebenar Aron Ralston
copy paste from :Travelog aei & sha